akhir-akhir ini,macam-macam isu perkauman yang timbul,pening kepala aku dibuatnya..
Malaysia gah dengan keunikannya yang mempunyai berbilang bangsa dan agama,
hanya gah pada nama?
hakikatnya, tiada kesepakatan yang aku boleh nampak dalam masyarakat ini, tambahan pula ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan tanggapan-tanggapan yang negatif terhadap kaum lain.
aku sendiri membesar dalam masyarakat cina, apa yang aku dapat lihat, sebenarnya tiada bezanya antara melayu cina atau india, kita semuanya sama, cuma warna kulit yang membezakan kita. apa yang perlu dihairankan? semua melayu pemalas? semua cina pengotor? semua india ganas?jawapannya,tidak!cuba perhatikan betul-betul orang yang selalu timbulkan masalah dalam masyarakat kita, semua bangsa ada! kalau orang cina nak cakap orang melayu selalu buat jahat, kalau korang nak tahu ada pernah berlaku kes dekat sekolah aku sekumpulan budak cina datang serang budak sekolah dengan bawak parang dan pisau!bukan aku sengaja nak ceritakan keburukan orang lain, tapi cubalah berlaku adil pada bangsa lain. sini malaysia, majoritinya adalah kaum melayu, pergi mana-mana pun boleh jumpa orang melayu, yang sesetengah orang cina yang nak jaki sangat dengan orang melayu tu kenapa?
lepas itu pula kes lepas sultan johor mangkat,ada orang kena saman sebab tak pakai lilit hitam dekat lengan,macam-macam maki hamun yang aku dengar, ada yang cakap ini cuma untuk memperingati seseorang yang dah meninggal dunia, buat apa perlu dipakasa dan disaman? memang betul cakap mereka, tapi cuba perhatikan betul lima rukun negara kita, KESETIAAN PADA RAJA DAN NEGARA, sebenarnya kita sebagai RAKYAT MALAYSIA harus memandang serius tentang masalah ini,walaupun aku sendiri rasa tidak munasabah dikenakan denda yang tinggi, tapi tak perlulah dihina dan dicaci raja kita sampai tulis-tulis blog lagi..kalau nak tinggal di malaysia, cubalah hormat sedikit, kita masih ada sistem beraja! sini bukan AMERIKA! bebas nak buat apa sahaja, sebab kebebasan yang mereka adalah macam-macam masalah sosial yang ada dekat sana, orang boleh kata mereka maju, tapi sebenarnya tak ada gunanya kalau masyarakat lintang pukang! jadi, bersyukurlah banyak-banyak bila dah jadi rakyat malaysia,
kenapa perlu ada habuk tebal yang menyelaputi hati masing-masing? cubalah saling memahami antara satu sama lain, sekarang ini, melayu pun bergaduh sesama sendiri, apatah lagi dengan kaum lain, ingat, kita semua sama sahaja, tak perlu dibahagi bahagikan darjatnya. melayu sendiri tak payahlah nak belagak macam tanah melaysia ni macam betul-betul tanah kepunyaan sendiri, mungkin dulu ya, tapi kemajuan dan kemakmuran yang ada di negara kita ini bukan jasa orang melayu sahaja, dah separuh abad malaysia merdeka, kejayaan yang kita capai adalah atas usaha semua kaum yang ada dalam negara kita, cubalah berkongsi,cubalah berterima kasih!
kaji balik sejarah negara kita dari dulu hingga sekarang, bukan kena faham sejarah orang melayu sahaja, tapi kaum lain jugak!
No comments:
Post a Comment