sejak melangkah ke alam pekerjaan...
baru dapat kualami apa rasanya keperitan hidup..
betul kata mama, bukan senang nak cari duit!rasalah!
macam-macam dugaan yang datang satu persatu
tapi aku reda,
kerana inilah kehidupan,
penuh onak dan duri.....
apa yang aku tahu, aku perlu bersikap POSITIF!
masih kuingat macam-macam dugaan yang aku pernah kulalui
sejak kecil lagi..
hidup di dalam masyarakat yang tiada kaitan dengan bangsaku,
dihina, dicaci, diherdik, diperli,
semua itu tetap kuharungi tanpa pernah sekali ku menunduk ke bumi..
19 tahun!bukan satu masa yang pendek bagiku..
mungkin orang di luar sana boleh berkata bahawa usia ku masih muda untuk mengenali dunia ini,
tapi, ya, aku telah mengenalinya..
mungkin orang di luar sana boleh berkata bahawa kelakuanku yang tidak matang,
tapi aku berani berkata bahawa pemikiranku adalah matang dari usiaku!
jangan lagi memandang rendah padaku,
kerana aku telah dewasa,
jangan lagi menganggapku seperti seorang budak yang masih merangkak,
kerana kaki ini akan mula melangkah,
menjejaki seluruh muka bumi ini,
suatu hari nanti akan kubuktikan,
anak melayu ini akan menjadi kebanggaan negaranya, agamanya dan bangsanya!
apa yang kuperlukan adalah kesabaran dan keyakinan yang tinggi,
doa restu dan sokongan mama dan abah adalah penyuntik semangatku...
jalan hidup ini masih panjang untuk diterokai,
aku,
akan terus membuat hidup ini penuh bermakna...
No comments:
Post a Comment